15 Juni 2012

Gambar Rajah Kitab-Kitab Fiqh Mazhab As-Syafie

klik utk membesarkan


Di atas adalah gambar Rajah silsilah kitab-kitab mazhab Imam Syafie rahimahullah yang dijadikan bahan rujukan untuk pengajian dan pengeluaran fatwa semenjak terasasnya mazhab Syafie hinggalah sekarang. ia diperkembagankan melalui jalur para ulama' yang mashyor yang mengikut mazhab imam as-Syafie rahimahullah. ini menunjukkkan keagungan mazhab imam syafi'e.

Semoga bersama-sama kita mengambil manfaat dan mengenali para ulama' dan kitabnya...serta isi kandungannya.. wallahu 'alam ..

KITAB-KITAB FIQH MAZHAB SYAFI’I Rhl.

KITAB-KITAB FIQH MAZHAB SYAFI’I Rhl.

Kitab Fiqih dalam Mazhab Syafi’i Rhl. Yang dikarang oleh Ulama’-ulama’ Syafi’i dari abad keabad adalah mewarisi pusaka ilmu, kitab-kitab tersebut dikarang oleh sahabat-sahabat Imam Syafi’i Rhl. (Ulama’-ulama’ pengikut Syafi’i) sudah demikian banyaknya. Hampir setiap ulama’ itu mengarang kitab Fikih syafi’i untuk dijadikan pusaka bagi murid-muridnya dan bagi pencinta-pencintanya sampai akhir zaman. Tidak terhintung lagi banyaknya kerana di antaranya ada yang tidak sampai ke tangan kita, tidak pernah kita melihat dan bahkan kadang-kadang ada yang tidak pernah didengari mengenai kitab-kitab dari segi nama kitabnya, pengarangnya, bahkan tidak mengetahui langsung tentang hal kitab dan para ulama’ bagi penuntut ilmu islam. Fenomena ini perlu kita sedari bahwa, hal demikian perlu diambil tahu dan peka bagi setiap penuntut ilmu dari siapa kitab menuntut ilmu, dan dari mana kitab mengambil rujukan hukumnya. Kerana dikhuatiri tiada panduan di dalam menetapkan hukum islam. Menjadi tanggungjawab kita mengetahui hal demikian moga-moga jelas hukumnya, dan benar pengambilannya.